Kamis, 20 Desember 2012

Pantulan Bunyi pada Kelelawar


“Kelawar menutup kelopak matanya pada siang hari di dalam sarangnya, dan menjadikan malam hari sebagai terang yang memberi petunjuk kepadanya dalam mencari rezekinya. Maka MAHA SUCI ALLAH yang telah menjadikan malam baginya sebagai siang dan waktu mencari rezeki, dan siang hari sebagai waktu untuk berehat dan diam.”
( Saiyyidina ‘Ali kw )

Mesti adik-adik nak tau apa yang Saiyyidina ‘Ali kw maksudkan di atas kan? Haa! Kelawar merupakan haiwan yang berjaga waktu malam dan tidur pada waktu siang (nocturnal). Tidak seperti manusia yang hanya dapat bekerja atau bergerak aktif pada waktu siang, kerana pada waktu siang ada cahaya matahari. Berlainan pula dengan kelawar. ALLAH SWT takdirkan kelawar boleh begerak aktif atau bekerja hanya pada waktu malam. Mesti adik-adik pelik kan? “Macam mana kelawar nak bekerja kalau tanpa cahaya? Macam mana dia nak melihat tanpa cahaya?” Haaa! Itulah uniknya kelawar! ALLAH SWT mesti ciptakan kelebihan pada setiap makhlukNYA dan setiap makhluk mempunyai kelebihan yang berbeza-beza. Pada setiap kelebihan itu, ALLAH SWT ciptakan bukanlah dengan sia-sia (Surah Aali Imran [ 3 ] : 191). Tak percaya? Baiklah. Mari kita lihat!

 

“Ya TUHAN kami, tidaklah ENGKAU menciptakan ini dengan sia-sia, MAHA SUCI ENGKAU, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
( Surah Aali Imran [ 3 ] : 191 )

MELIHAT
Kelawar tidak melihat menggunakan cahaya seperti kita. “Habis, bagaimana kelawar melihat?” Kelawar melihat menggunakan gelobang khas yang dinamakan ‘echolocation’.

(1) Apa itu ‘echolocation’?
‘Echolocation’ adalah pantulan bunyi yang dikeluarkan oleh kelawar untuk melihat pada waktu malam yang gelap bagi mengenal pasti lokasi sesuatu objek.
( Lihat gambar rajah [ i ] )
 
Gambar rajah [ i ] : Gambaran ‘echolocation’

(2) Bagaimana ‘echolocation’ ini berfungsi?
‘Echolocation’ ini berfungsi apabila kelawar mengeluarkan bunyinya. Setiap kali kelawar terbang, mereka menggunakan ‘echolocation’ ini bagi mengesan objek di hadapan mereka agar mereka tidak terlanggar objek tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, gelombang bunyi akan memantulkan kembali bunyinya apabila terdapat objek di hadapannya. Begitulah fungsi ‘echolocation’ tadi. Apabila kelawar tadi mengeluarkan bunyi tersebut, maka terhasillah ‘ecolocation’ tersebut. Apabila ‘echolocation’ itu “berlanggar” dengan objek di hadapannya, maka bunyi tadi terpantul kembali ke telinga kelawar tersebut. Maka, tahulah kelawar itu bahawa di hadapannya terdapat objek. Jadi, kelawar itu tidak akan melanggar objek tersebut. Begitu juga cara yang kelawar gunakan untuk memburu mangsanya. Kelawar akan menggunakan ‘ecolocation’ yang ALLAH SWT berikan kepada mereka untuk mencari mangsa (makanan) mereka

Tidak ada komentar:

Posting Komentar